Wednesday, April 4, 2012

Sistem Tukar Milik Sementara (STMS) launched

Interim ownership system for used cars launched

April 02, 2012
PETALING JAYA, April 2 — The government today launched an online system where car owners can transfer the ownership of their cars temporarily to used-car dealers when they sell their vehicles.

Called the Interim Ownership Transfer System, or the Sistem Tukar Milik Sementara (STMS), it would prevent car owners from getting fines and summonses, and instalment notices from financial institutions, after they have sold their cars to used-car dealers.

According to a report in The Star Online, the system was launched here by Transport Minister Datuk Seri Kong Cho Ha.

With this system, car owners who sell their vehicles through used-car dealers will be able to register their vehicles through the STMS system and obtain a receipt as proof that they have transferred the ownership temporarily to the dealer, said the report.

If the vehicle is not sold after six months, the used-car dealer will be given permanent ownership of the vehicle.

news source : http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/interim-ownership-system-for-used-cars-launched/

Tuesday, April 3, 2012

MOT 's kenyataan to media in year 2010 about e-TUKAR MILIK SEMENTARA

I am copy this statement / kenyataan to share with all my blog's readers / followers in case your pc doesn't have the pdf reader as well for all convinient, for understanding the system e-Tukar Milik Sementara development, i am not bear on any responsilities, but this look like not the latest, this is because this statement are wrote and announced by year 2010, i will try to get the info for latest system development then share with you all. thanks

During 2010, the scan and verify mykad not implemented yet into the e-TUKAR MILIK SEMENTARA  .

 Sources: http://www.mot.gov.my/Newsroom/Press%20Release/Kenyataan%20akhbar%20YBM%20-%20e-tukar%20milik.pdf


KENYATAAN MEDIA
oleh
MENTERI PENGANGKUTAN
DATO’ SERI KONG CHO HA

SISTEM PERTUKARAN MILIKAN KENDERAAN PERSENDIRIAN
(MOTOKAR) SECARA SEMENTARA MELALUI SYARIKAT
KENDERAAN TERPAKAI (e-TUKAR MILIK SEMENTARA)


1.  Sistem  e-Tukar  Milik  Sementara  ini  diperkenalkan  dengan  tujuan
memindahkan liabiliti dan tanggungan sebuah kenderaan untuk sementara
waktu  kepada  syarikat-syarikat  kenderaan  terpakai  yang  membeli
kenderaan  tersebut.    Semua  kenderaan  persendirian  (motokar)  yang
dijual  kepada  syarikat  kenderaan  terpakai diwajibkan ditukar  milik  secara
sementara ke atas nama syarikat kenderaan terpakai berkenaan;

2.  Pada  masa  sekarang,  seksyen  13  (1),  Akta  Pengangkutan  Jalan  1987
(APJ  1987)    memperuntukkan  bahawa  bagi  sesebuah  kenderaan  motor
yang  bertukar  milik,  permohonan  hendaklah  dikemukakan  kepada  JPJ
dalam  tempoh 7 hari  untuk  kenderaan  tersebut  didaftarkan  di  atas  nama
pemilik  baru.  Walau  bagaimanapun,  kebiasaannya  bagi  kenderaan  yang
dijual atau “trade-in” kepada  syarikat  kereta  terpakai,  pertukaran  milikan
tidak terus berlaku. 

3.  Keadaan ini mengakibatkan pemilik asal masih menanggung segala risiko
walaupun  kenderaan  tersebut  telah  dijual  kepada  syarikat-syarikat
2

kenderaan  terpakai.  Pemilik  asal  masih  kekal  sebagai  pemilik  berdaftar
kenderaan berdasarkan pada daftar JPJ. Masalah yang timbul adalah:

(i)  masih terus menerima notis saman JPJ atau Polis Diraja Malaysia atas
kesalahan lalu lintas yang berlaku selepas kenderaan telah dijual;

(ii)  menerima  notis  mengarahkan  penyelesaian  baki  hutang  daripada
institusi kewangan; dan

(iii)  masih  menanggung  liabiliti  ke  atas  kenderaan dan  dikhuatiri  akan
menanggung  risiko  sekiranya  kenderaan  tersebut    terlibat  dalam
kemalangan atau jenayah.

4.  Urusan tukar milik bagi kenderaan-kenderaan persendirian (motokar) yang
dijual  kepada  syarikat  kenderaan  terpakai pada  masa  ini biasanya tidak
dilaksanakan serta merta kerana: 

(i)  fi  pertukaran  milikan  sebanyak  RM100  membebankan  syarikat  kereta
terpakai;

(ii)  syarikat kenderaan terpakai tidak bercadang untuk memiliki kenderaan
tersebut  tetapi  menyimpan  kenderaan  tersebut  sehingga  mendapat
pembeli baru; 

(iii)  syarikat  kenderaan  terpakai  bimbang  kereta  tersebut  akan  susut  nilai
sekiranya ditukar milik beberapa kali.

5.  Bagi  mengatasi  masalah-masalah  di  atas,  e-Tukar  Milik  Sementara
digunakan  dengan  konsep  pelaksanaan  yang  dicadangkan  ialah  syarikat
kenderaan  terpakai  akan  didaftarkan  sebagai  pemilik  sementara.  Bagi
maksud  itu,  satu  sistem  elektronik  atau link-up akan  diwujudkan  untuk
menghubungkan  syarikat  kenderaan  terpakai  kepada  sistem  JPJ.  Ini
3

membolehkan  pertukaran  milikan  dilaksanakan  semasa  pemilik  menjual
kenderaannya kepada syarikat kenderaan terpakai. Maklumat kenderaan,
pemilik  berdaftar  dan  pemilik  baru  akan  dihantar  secara online kepada
sistem JPJ melalui GP. 

6.  Kementerian  Pengangkutan  diberi  kuasa  untuk  meluluskan  mana-mana
syarikat Gateway  Provider  (GP)  yang  dilantik  oleh  syarikat  kenderaan
terpakai untuk mewujudkan link-up dengan sistem Jabatan Pengangkutan
Jalan  (JPJ); dan

7.  Setiap  transaksi  pertukaran  milikan  kenderaan  persendirian  (motokar)
secara  sementara  kepada  syarikat  kenderaan  terpakai  dikenakan  fi  pada
kadar RM10.


-tamat-
29 Oktober 2010

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Yeong Kah Choon, Mohamad Nazri, Norbaya or Mohd Azhar tel. no. :  
03-88866320 / 03-888 6203 / 03-88711160.